'Kalau tanya orang lain, dia orang nak kaya la, miskin la..Ops! Ade ke?
Kalau tanya aku, aku nak saiz M! Ada masalah?' -ANIRA DAYANA
>_<
"Anira!" satu jeritan dari suara yang tak kukenali memanggil. Aku yang terkejut terus berdiri sambil menggosok mata.
"Siapa pula yg ganggu aku masa tidur ni?" aku berkata dengan kuat tanpa menyedari yang memanggil aku itu adalah Cikgu Hashim. Aku mendongak ke atas. 'Terkejut beruk' aku tengok muka cikgu. Beruk pun tak terkejut macam aku!
"Cikgu mimpi apa sampai pakai 'blusher' warna merah pagi-pagi buta ni?" aku bertanya kepada Cikgu Hashim sambil menundukkan muka. 'Tak berani aku nak pandang muka cikgu yang merah membara tu! Silap-silap boleh terbakar segala lemak aku.' aku berloyar buruk dalam hati.
"Saya yang mimpi ke awak yang mimpi? Sekarang, saya nak awak ulang apa yang saya ajar tadi. Now!" arah Cikgu Hashim. Cikgu Hashim hanya menahan kemarahannya.
"Amboi, garangnya!" spontan aku menjawab. Alamak! Apa yang aku cakap ni? Aku dengan pantas memukul mulutku berkali-kali.
"Apa awak cakap? Awak tahu tak dah 10 kali awak buat tabiat buruk awak ni! Tak bolehkah awak buang tabiat buruk awak tu?" jerkah Cikgu Hashim. Memang betul apa yang Cikgu Hashim katakan. Pernah suatu ketika dahulu, aku tertidur di tandas. Kecoh satu sekolah bila tahu aku tertidur dalam tandas. Ramai orang ingat aku telah diculik. Aku ni bukannya comel sangat. Kalau aku comel sekalipun, siapa yang berani culik aku? Ada berani, cubalah!
~
Aku hanya memerhatikan Cikgu Hashim yang sedang membebel di depan. Sambil-sambil tu, aku pun perah otak aku sampai keluar idea. Setelah ditambah, ditolak, didarab dan dibahagi, aku mencapai kata putus. Aku yakin ini dapat menenangkan mulut cikgu yang penat bersenam.
"Kenapa awak bagi saya tisu ni?" tanya Cikgu Hashim dengan penuh hairan.
"Saya dengan penuh rasa penuh simpati kepada mulut cikgu, memberikan tisu ini kepada cikgu kerana saya mahu cikgu lap mulut cikgu yang dari tadi berbuih. Lagipun, kasihanilah meja saya." Aku berkata sambil memandang meja yang penuh dengan air liur. Entah berapa liter air yang cikgu curahkan. Ketawa sudah mula kedengaran. Aku pun ikut ketawa bersama kawan-kawanku. Tiba-tiba...
Post a Comment
Teruskan mengomen kerana itu dapat mengekalkan saya sebagai Blogger.
"Yang baik datangya daripada Allah S.W.T, yang buruk datang daripada saya sendiri". Sesungguhnya tiada siapa yang sempurna di dalam dunia ini. Lagi satu! JANGAN LUPA FOLLOW YER!! ^_^