Assalamualaikum..Salam sejahtera!
hehe..
WARNA MERAH DARAH
Membawa makna kemarahan, kekuatan, kebencian dan semangat. Warna ini dikatakan
sangat popular di kalangan wanita. Merah juga dapat menarik perhatian dan memberi semangat
berkobar-kobar kepada si pemakai. Ia juga dikatakan melambangkan anda, si pencandu rona
merah menyala, seorang yang agresif! Cuba fikir sejenakk, sama ada serasi atau tidak
dengan karakter anda?
WARNA BIRU LAUT
Biru yang dikatakan warna sejuk, damai, sejahtera dan pasif di samping melambangkan keikhlasan
dan harapan. Dari segi sisi negatifnya pula, biru dikatakan memberi implikasi sedih dan kemurungan.
Orang yang meminati rona biru ini dikatakan suka bersosial dan berkomunikasi dengan orang ramai.
Adakah anda, jua begitu?
WARNA KUNING KUNYIT
Warna ini dikatakan warna optimis dan moden. Ia melambangkan kegembiraan, keceriaannn dan penuh
semangat. Bagi si penggemar warna kuning, mereka lebih suka menurut peraturan dan bersifat kekeluargaan. Anda setuju?
WARNA HITAM LIGNIT
Sering dikaitkan dengan warna menawan di samping meambangkan makna kenegeriann dan penuh kerahsiaan. Si penggemar rona hitam ini dikatakan seorang yang kurang berani tetapi suka menampakkan
dirinya hebat. Hmm, sejauh manakah kebenarannya? Tanya hati kecil anda...
WARNA PUTIH SUCI
Putih sangat digemari dalam dunia fesyen kerana sifatnya yang ringan, neutral dan sesuai digandingkan dengan apa sahaja warna. Si pemakai warna putih pula, adalah seorang yang berani tetapi tidak
suka untuk menonjolkan keberaniannya.
Post a Comment
Teruskan mengomen kerana itu dapat mengekalkan saya sebagai Blogger.
"Yang baik datangya daripada Allah S.W.T, yang buruk datang daripada saya sendiri". Sesungguhnya tiada siapa yang sempurna di dalam dunia ini. Lagi satu! JANGAN LUPA FOLLOW YER!! ^_^