)
Assalamualaikum..gud evening!
Macam mane harini? Penat? Gembira? Sedih? Tak ada 'mood'?
hmmm.... Sha tahu korang punya perasaan time petang2 macam ni, mesti bercampur-campur.
hehe...Sha x tergolong dalam perasaan kat atas hari ni..sbb..x pe lah!
>_<
Sha nk tanya sikit. Bagi perempuan, apa yang korang nak sebenarnya?
Nak cantik ke, nak tutup aurat? sorry kalau soalan ni mengusik hati.
Sorry, ek? Okay, now please listen this tips. Bukan x leh bergaya,
tapi mestilah bergaya dengan menutup aurat.
"Bukan bergaya atau berpakaian tapi telanjang".
Kita sebagai sebagai perempuan mestilah x nak dilabel seperti pernyataan di atas tadi.
>_<
>FIRST<
Tudung yang disarungkan di kepala anda mestilah labuh bukan sahaja di belakang malah paling penting
di bahagian hadapan menutupi dada. Jika selendang yang anda beli memiliki potongan yang
kecil, maka lebih elok anda membeli sendiri kain pasang dan upah orang lain menjahitnya mengikut
cita rasa anda.
>SECOND<
Tudung tersebut juga mestilah tebal dan tidak nipis hingga menampakkan leher dan bahagian
lain yang peru ditutup. Fabrik kapas boleh dijadikan pilihan tetapi bukan yang jarang.
OKAY?
>THIRD<
Janganlah sesekali anda menjadi mangsa fesyen semata-mata ingin mengikut gaya semasa
yang tidak mempunyai ciri-ciri Muslimah. Turban memang terkenal sekarang ini. Jika ingin
menggayakannya, elak dipakai terlalu tinggi melangit seperti SARANG TEBUAN atau pun SIPUT SEDUT.
hehe..Cukup sekali ikatan silang di hadapan dan menutup bahagian hadapan dengan selendang
yang berlainan. Baru oookay..!
>_<
Bukankah menutup aurat dengan gaya muslimah nampak lebih sopan?
hmm.. Cuba try! Hopefully berjaya! Chaiyooook!
Jangan mengalah kalau belum cuba.
BYE!
Post a Comment
Teruskan mengomen kerana itu dapat mengekalkan saya sebagai Blogger.
"Yang baik datangya daripada Allah S.W.T, yang buruk datang daripada saya sendiri". Sesungguhnya tiada siapa yang sempurna di dalam dunia ini. Lagi satu! JANGAN LUPA FOLLOW YER!! ^_^