Assalamualaikum...gud morning! Bersyukur kpda Allah SWT kerana Sha masih
diberi peluang untuk terus hidup pada hri ini...^_^ Walaupun mata ni terasa berat,
Sha kena jugak bangun untk sampaikan 10 pesanan Imam Syafie.
Jdi sebelum hri kematian kita tiba, hayatilah pesanan-pesanan Imam Syafie kepada umat Islam.
- Hak kepada diri sendiri. Hendaklah mengurangkan tidur, makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yg ada.
- Hak kepada malaikat maut. Anda hendaklah mengqada (menggantikan) kewajipan-kewajipan yg tertinggal, mendapatkan kemaafan dripda org yang dizalimi.
- Hak kepada kubur. Untuk menjaga hak tersebut anda perlulah membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
- Hak kpda Munkar dan Nakir. Hak ini terpelihara sekiranya anda tidk berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
- Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat). Caranya adalah dengan mengawal kemarahan, banyak berzikir, ikhlas dalam beramal dan sanggup menahan kesusahan.
- Hak kepada sirat (titian yg merintangi neraka pada hri kiamat): Hak ini boleh dipenuhi dengan membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu org beriman dan suka berjemaah.
- Hak kpda Malik (malaikat penjaga neraka). Untuk memenuhi hak ini anda perlu menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
- Hak kepada Ridhzuan (malaikat penjaga syurga). Sentiasa redha kpda Allah, sabar menerima bala, bersyukur atas nikmat yang diberikan dan bertaubat dripda melakukan maksiat.
- Hak kpda Nabi Muhammad SAW. Sentiasalah berselawat, berpegang kepada syariat, bergantung kpda sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan Allah.
- Hak kpda Allah SWT. Tunaikanlah hak itu dengan mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Skrg nie, sha tgh cuba buang tabiat buruk yg Sha ada...
Harap-harap berjaya. FIGHTING! hehe
Anda mcm mane?
Post a Comment
Teruskan mengomen kerana itu dapat mengekalkan saya sebagai Blogger.
"Yang baik datangya daripada Allah S.W.T, yang buruk datang daripada saya sendiri". Sesungguhnya tiada siapa yang sempurna di dalam dunia ini. Lagi satu! JANGAN LUPA FOLLOW YER!! ^_^