Assalamualaikum ^_^ Korang mesti suke pkai perfum kan?Tak kesah la laki ke pompuan tapi korang mesti sukekan perfum :) Btw,harini aku nak share sikit pasal perfum.Bacalah kalau larat..hehe
Tip Menggunakan Minyak Wangi
1.Pilih Waktu➡Waktu terbaik untuk mencuba minyak wangi adalah pada waktu tengah hari.
Ini disebabkan deria bau kita berada pada saat kemuncak waktu itu (peluh keluar lah tu) ^_^
2.Bau Kegemaran➡Setiap orang memiliki aroma kegemaran tersendiri. Tanya jurujual bauan pilihan anda dan cuba daghulu. Kalau tak berpuas hati, mereka akan mencadangkan yang lain untuk anda :D
3.Gosok Tangan➡Perkara biasa yang dilakukan oleh pengguna ialah menggosokkan pergelangan tangan selepas menyemburkan minyak wangi. INI ADALAH TEKNIK YANG SALAH. hehe :) Jangan lakukannya sama sekali kerana ia akan merosakkan molekul minyak dan menjejaskan bau sebenar. Biarkan ia seketika dan kering dengan sendirinya. Okay? :D
4.Bau Original➡Sebelum memilih minyak wangi di pasar raya, pastikan anda tidak memakai sebarang jenis wangian. Ini ditakuti anda akan keliru dengan aroma sebenar minyak wangi baru nanti. Apabila sudah mencuba sejenis minyak wangi, ambil sedikit masa untuk mencuba yang seterusnya pula ya. >_<
5.Sembur Pada Kulit➡Jangan sesekali anda menyemburkan minyak wangi pada pakaian. Ia boleh merosakkan warna pada pakaian anda dan paling merisaukan, ia meninggalkan kesan tompok air yang tak diinginkan. Sembur minyak wangi pada kulit terutama di bahagian leher, pergelangan tangan, dada, siku dan juga belakang telinga. Baunya akan kekal lebih lama :D
>_<
Okay! Tu je yg aku boleh share...Harap korang faham lah ye.Bye :D Assalamualaikum...
Post a Comment
Teruskan mengomen kerana itu dapat mengekalkan saya sebagai Blogger.
"Yang baik datangya daripada Allah S.W.T, yang buruk datang daripada saya sendiri". Sesungguhnya tiada siapa yang sempurna di dalam dunia ini. Lagi satu! JANGAN LUPA FOLLOW YER!! ^_^